Apa itu CCRIS?
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my
Apa itu CTOS?
Kesimpulan
Kebanyakan
institusi kewangan di Malaysia akan menghantar maklumat dalam bentuk
laporan bulanan berkenaan kesemua pinjaman yang telah diberikan kepada
pelanggan mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara
Malaysia. CCRIS
(Central Credit Reference Information System) adalah sistem pangkalan
data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh
setiap institusi kewangan. Terdapat lebih kurang 9 Juta maklumat
pinjaman peminjam di Malaysia yang disimpan di dalam sistem pangkalan
data di CCRIS pada hari ini. Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.
Laporan CCRIS
akan menunjukkan jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada
setiap pinjaman anda termasuk jenis pinjaman (perumahan, peribadi, kad
kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah
setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada
pihak bank untuk satu tahun (12 bulan). Laporan CCRIS juga memberitahu pinjaman yang yang telah dipohon serta maklumat ringkas terhadap saman atau bankrupsi.
Institusi kewangan selalunya
akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki
pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Secara amnya, setiap
institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati
terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Mereka
juga akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang
sedia ada di dalam laporan CCRIS
untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap
bulan. Maklumat ini akan digunakan untuk mengira DSR (Debt Service
Ratio) anda setiap bulan. Ada sesetengah institusi kewangan akan menolak
permohonan pinjaman perumahan sekiranya DSR berada pada tahap 50% atau
lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.
Anda boleh mendapatkan laporan pinjaman anda dengan mengunjungi BNMLINK di:
Ground Floor, D Block, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur.Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK) (Overseas: 603-2174-1717)
Fax: 603-2174-1515 E-mail: bnmtelelink@ bnm.gov.my
Untuk maklumat lanjut berkenaan CCRIS layari: http://creditbureau.bnm.gov.my
Apa itu CTOS?
CTOS
Sdn Bhd dan organisasi seumpamanya, mendapat dan mengumpul maklumat
jika terdapat bankrupsi dan saman terhadap individu atau syarikat dan
maklumat tersebut akan didaftarkan ke dalam pangkalan data elektronik
mereka.
Maklumat bankrupsi
mengandungi maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan syarikat,
yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya mengandungi
maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh notis atau arahan
mahkamah, nama individu, no kad pengenalan, dan jika dalam perbicaraan,
tarikh sebut kes di mahkamah.
Maklumat saman pula selalunya
mengandungi butiran terhadap individu dan syarikat dimana saman telah
di keluarkan, no pemfailan mahkamah, lokasi pemfailan, tarikh notis
atau arahan mahkamah, nama individu atau syarikat, jumlah saman (jika
ada), no kad pengenalan individu atau syarikat (jika ada) dan tarikh
sebut kes di mahkamah.
Anda boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari:
CTOS Sdn Bhd (209649-U)
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my
Unit A-8-4, 8th Floor, Megan Avenue 1,
No 189, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
Tel: 603-2770 8833 Fax: 603-2770 8834
Website: www.ctos.com.my
Maklumat
berkenaan CTOS juga boleh di dapati di Jabatan Insolvensi Malaysia
atau melalui portal e-Insolvensi iaitu melalui ejen berdaftar seperti:
http://www.myeg.com.my,
http://www.e-services.com.my atau
http://www.e-services.com.my atau
http://www.rilek.com.my
Untuk maklumat lanjut layari: http://www.bheuu.gov.my/jim/index.shtmlKesimpulan
Analisa terhadap laporan CCRIS
dan CTOS bakal peminjam merupakan antara proses awal yang akan
dilakukan oleh institusi kewangan sebelum permohonan pinjaman tersebut
di hantar ke bahagian kelulusan. Pegawai pinjaman selalunya akan
bertanya kepada bakal peminjam terlebih dahulu jika terdapat sebarang
kelewatan bayaran pinjaman yang memungkinkan akaun mereka memberi
petunjuk negatif di CCRIS
atau CTOS. Adalah sesuatu yang baik jika anda membuat bayaran pinjaman
setiap bulan tanpa gagal sepanjang 12 bulan. Sebenarnya pihak bank
ingin melihat yang bakal peminjam boleh dan telah membuat bayaran
terhadap pinjaman terdahulu dengan baik sebelum mereka meluluskan
pinjaman baru.
Jika bakal peminjam sudah mempunyai rekod di CCRIS
atau CTOS, adalah lebih baik jika dapat dinyatakan, agar proses
membuat pinjaman tidak diteruskan, kerana jika ianya diteruskan juga,
keputusannya adalah sia-sia dan hanya membuat masa, tenaga dan wang
ringgit anda dan orang lain.
Saya nak apply tuk buat bisnes kecil kecilan. Bole tak?
ReplyDelete